ISI AYAM GORENG KUNYIT BERSAMA KENTANG


Kali ni saya nak berkongsi resipi ciptaan saya sendiri. Ianya sangat simple dan baik untuk kesihatan kita semua. Cuba ya..

ISI AYAM GORENG KUNYIT BERSAMA KENTANG


Bahan-bahan:
Isi Ayam (dihiris nipis)
3-4 biji ubi kentang (dihiris nipis, dalam 3mm gitu)
2 ulas bawang putih (dimayang bulat)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis (anggaran 1-2 sudu makan)
Air

Cara-cara membuatnya:
1.  Rebus hirisan kentang tadi. Masukkan sedikit garam dan gula. Masak hingga empuk.
2. Setelah empuk, toskan.
3. Tumis bawang putih hingga layu.
4. Masukkan isi ayam. Masak dalam 2-3 minit atau hingga warnanya nampak keputihan.
5. Masukkan pula kentang yang telah direbus tadi, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serta sedikit garam dan gula. Kacau dan tutup dengan penutup.

Note: Masak di atas api sederhana aje supaya bahan-bahan yang dimasak tidak mudah hangit dan bahan-bahan perasa tadi dapat meresap ke dalam isi ayam dan kentang dengan sempurna.



Resipi Masakan Melayu Champa, Kemboja (3)


TOK SAM NENAS











Bahan A:
Daging (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dimayang bulat)
1 biji bawang besar (dimayang bulat)
1 biji cili merah (dimayang)
3-4 biji tomato saiz sederhana (dibelah 4)
2 keping hirisan nenas muda (tebal dlm 1cm , dicincang halus)
Kobis
¾  senduk Sos ikan (boleh tambah atau dikurangkan)
Air (dlm 10 cwn atau lebih)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan B:
4 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang halus)
Daun ketumbar( dimayang halus)
Sedikit minyak untuk menumis (1-2 sudu besar aje ye)

Cara-cara membuatnya:
Bahan A:
1.  Masukkan air ke dalam periuk. Masak atas api yang kuat hingga mendidih.
2. Bila air dah mendidih, perlahankan api. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar.
3. Masukkan hirisan daging. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sos ikan, nenas,tomato dan cili merah.
5. Masukkan pula garam dan gula. Masak hingga terasa effect daripada bahan-bahan di langkah 4 tadi.
6. Bila dah cukup rasa (mengikut selera anda), baru masukkan sayur kobis. Ini bagi mengelakkan kobis tadi masak layu.

Bahan B:
1. Tumis bawang putih hingga garing dan naik bau.
2. Taburkan bawang putih tumis dan hirisan daun ketumbar ke dalam masakan tadi.

Note: Setelah siap, jangan terus tutup masakan tadi bagi mengelakkan sayur masak layu.

Folded Ribbon Rose (2)

Agak lama saya mencari tutorial macam mana nak buat Folded Ribbon Rose yang cantik. Akhirnya jumpa gak..Walaupun saya dah biasa hasilkan jambangan bunga menggunakan teknik Folded Rose daripada tali rafia, tali plastik yang org wat ikat surat khabar dan sebagainya lagi tu, tapi bila sampai bab ros daripada riben, resultnya tak berapa cantik.

Saya postkan video tutorial kat dlm blog ni agar senang utk saya review video ni, untuk saya pelajari teknik-tekniknya. Sambil2 tu dapat gak kongsikan bersama anda semua.



NIAGA TUDUNG BAWAL SULAM TALI KASUT (TERKINI!!!)

Huh, lama betul saya tak update blog ni. Asyik tak sempat jer..Bulan ni sibuk skit. Sibuk nak berbisnes la plak..hehehe..:-) Untuk pertama kalinya sy belajar berniaga secara online..Harap-harap ada hasilnya..InsyaAllah.

Lupa plak nak mention, produk apa yang saya jual..Sebenarnya saya jual Tudung Bawal Asli (No.1 Jepun) dari Kelantan tu la. Ni, sambil-sambil update blog ni, saya nk promote la tudung bawal saya tu skali..Apa org kata? Sambil menyelam, sambil minum air.Yang saya jual ni, InsyaAllah masih panas lagi di pasaran perniagaan tudung bawal online ni..Namanya Tudung Bawal Asli (No.1 Jepun) Sulam Tali Kasut. Harga mengikut pasaran di Kelantan


Berminat nak tengok??Sila-sila la klik di sini ye..Kat left sidebar tu ada sub-category: Tudung. Leh la klik kat situ ye..Mana tahu kot-kot ada yang berkenan..Tapi untuk pembaca blog ni saya akan upload gambar-gambar tudung tu untuk anda menjamu mata .:)








STOK TERHAD..Ada 6 warna kesemuanya, yang saya upload baru 4, ada lg 2 (Putih dan krim)..xsmpt edit gambar lagi.Kalau nak view yang lebih detail boleh tengok kat sini ye..

Aktif Seks Punca Kanser

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN (Kosmo! Online)



HPV boleh dipindahkan kepada pasangan dan ia mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun untuk berkembang. 


KANSER serviks atau kanser pangkal rahim terjadi pada saluran reproduksi wanita dan menjadi penyebab utama kematian akibat kanser di seluruh dunia.

Biarpun mudah dikesan melalui saringan awal, namun masih ramai yang tidak berusaha mencegahnya.

“Mereka hanya bertemu doktor apabila keadaan sudah kritikal.

“Kajian juga mendapati kanser serviks masih dipandang ringan oleh sesetengah wanita, bahkan tidak ramai yang melakukan ujian pap smear yang dapat mengesan kanser berkenaan pada peringkat awal.

“Kebanyakan wanita bekerja mengatakan mereka terlalu sibuk selain malu untuk menjalani pemeriksaan itu,” ujar Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Selangor Medical Center, Dr. B.K. Tan.

Jelasnya, kanser serviks berpunca daripada beberapa faktor termasuk hubungan seks.“Salah satu faktornya ialah kehadiran antibodi kepada Virus Papilloma Manusia (HPV) iaitu virus yang sama menyebabkan ketuat alat kelamin.

“Virus yang berjangkit melalui hubungan seks ini dipercayai boleh menyebabkan perubahan pada sel pangkal rahim seterusnya membawa kepada perkembangan sel kanser.

 “Bagi wanita yang dijangkiti virus ini, mereka terdedah kepada risiko kanser serviks manakala bagi lelaki, mereka terdedah kepada kanser dubur.

“Wanita yang mempunyai ramai pasangan seks atau terbabit dengan pasangan yang juga ramai pasangan seks lebih mudah mendapat jangkitan HPV. Keadaan lebih buruk apabila wanita itu merokok manakala tubuhnya kurang daya tahan,” katanya

Tambah Tan, kanser serviks hanya boleh terjadi kepada wanita yang pernah mengadakan hubungan seks. HPV boleh dipindahkan kepada pasangan dan ia mengambil masa di antara 10 hingga 15 tahun untuk berkembang.

“Kanser ini boleh dikenal pasti berdasarkan beberapa gejala seperti rasa sakit atau pendarahan ketika melakukan hubungan seks.

“Selain itu, jika berlaku pendarahan dalam faraj antara haid, lelehan berdarah di faraj yang berbau dan pendarahan pada wanita menopaus, juga mungkin tanda kehadiran kanser ini,” katanya.

Menurut satu kajian, kanser serviks menjadi punca kematian kira-kira 270,000 wanita setiap tahun dengan seorang wanita meninggal dunia setiap dua minit di seluruh dunia.

Memetik laporan Daftar Kanser Kebangsaan pada tahun 2003, anggaran kejadian kanser serviks di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini mencakupi 12.9 peratus kanser yang dihidapi wanita.

Bagaimanapun, menurut Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di kalangan 100 wanita di negara ini pada tahun 2003 mendapati 23 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak perlu melakukan ujian pap smear kerana menganggap mereka tidak mungkin menghidap kanser itu.

Antara lain, faktor kesibukan menjadi penghalang dengan 18 peratus, diikuti malu (9.6 peratus) dan tidak pernah mendengar langsung mengenainya (20 peratus).

“Pelbagai kempen telah dilakukan dan sepatutnya kesedaran untuk melakukan ujian saringan ini menjadi tanggungjawab setiap wanita yang pernah melakukan hubungan kelamin sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menentukan tahap kesihatan rahim mereka.

Jika tidak, mereka mungkin akan tersenarai dalam 3,000 hingga 4,000 kes baru yang dilaporkan setiap tahun di negara ini,” kata Tan. 

Vaksin

Sebagai usaha untuk mengurangkan risiko kematian disebabkan kanser serviks, kaum wanita di Malaysia kini boleh mendapatkan vaksin HPV Kuadrivalen.

Vaksin yang dihasilkan khusus untuk mencegah kanser serviks, prakanser faraj dan prakanser vulva yang disebabkan oleh HPV jenis 16 dan 18 itu semakin kerap diperkatakan.

Malah Kementerian Kesihatan juga mengambil langkah untuk memberi suntikan pelalian itu kepada 300,000 pelajar perempuan bagi mencegah penularan kanser serviks

“Suntikan HPV adalah cara paling baik untuk menentang penyakit ini,” kata Tan.

Vaksin ini telah diluluskan dan sudah lebih 30 juta wanita di seluruh dunia mengambilnya.

Ia berfungsi sebagai pencegah ketuat alat kelamin dan lesi (zona tisu rosak) serviks gred rendah yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16 dan 18.

“HPV jenis 16 dan 18 merupakan punca bagi hampir 70 peratus kes kanser serviks, kanser vulva dan kanser faraj serta punca bagi 50 peratus lesi.

“Sementara itu, HPV 6 dan 11 menyebabkan kira-kira 90 peratus ketuat alat kelamin. Empat jenis HPV ini menyebabkan kira-kira 35 hingga 50 peratus lesi gred rendah serviks, faraj dan vulva,” jelas Tan.

Bagaimanapun, pemvaksinan tidak akan melindungi pesakit daripada jenis HPV dan ia boleh menghalang virus daripada jenis HPV 16 dab 18 sahaja.

“Pemvaksinan bertujuan mengurangkan risiko daripada dijangkiti HPV 16 dan 18 yang menjadi punca kanser serviks. Ia tidak boleh menghalang sepenuhnya penerima suntikan pelali itu daripada mendapat kanser ini.

“Oleh itu, pemeriksaan rahim secara berkala amat digalakkan bagi mengelakkan pengesanan kanser pada peringkat akhir yang boleh mengancam nyawa,” kata Tan.

Sumber :  http://www.drazwan.blogspot.com/

Resipi Masakan Melayu Champa, Kemboja (2)

Salam ceria. Kali ni seperti yang dijanjikan saya nak berkongsi menu org Melayu Champa. Resipi ke-2 ni dipanggil gulai "Khor"- ayam/daging/tulang lembu/ikan patin.

Saya sendiri sudah 3x buat gulai Khor ni menggunakan daging lembu, ikan patin dan terbaru daging ayam. Cuma saya belum cuba lagi dengan tulang lembu. Lambat sangat nak empuk. Leceh betui..Hihii.

Kat bawah ni saya senaraikan bahan-bahan untuk resipi ni. Bahan-bahan ni untuk 6 ketul ayam (daripada ayam yang dipotong 12 bahagian) @ 2 ketul daging potongan saiz 5" x 2" @ 4 ketul ikan patin.


“KHOR AYAM @DAGING LEMBU @IKAN PATIN”

Bahan A:
2 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
3 biji bawang merah (yang saiz besar tu)
4 ulas bawang putih
2 ½ sudu besar serbuk lada hitam
¾  senduk kecil sos ikan (tambah bila perlu)


Bahan B:
6 ketul ayam (kalu guna daging lembu kena hiris nipis2 ye)
1 keping gula melaka 
1 ½ inci halia (dihiris nipis) 
Kicap pekat manis Cap Kipas Udang 
Garam secukup rasa 
Gula secukup rasa 
Air (10 cawan)

Cara-cara membuatnya:

Bahan A:-
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili kering yang telah direndam tadi hingga lumat.
- Masukkan sos ikan dan serbuk lada hitam bersama bahan2 yg ditumbuk td. Gaulkan dan ketepikan.

Bahan B:-
- Cairkan gula melaka dengan sedikit air
- Tambahkan 1 cawan air dan kemudian masukkan bahan tumbuk bersama gula Melaka yang dicairkan td. Kacau hingga mendidih.
- Tambahkan 5 cawan air. Biarkn mendidih.
- Bila mendidih masukkan ayam.
- Masukkan halia.
- Masukkan sedikit garam dan gula .Boleh tambah sedikit lg sos ikan tapi jgn terlalu banyak sbb sos ikan tu dah masin.
- Masak sampai ayam empuk dan “mesra” bersama bahan2 yg telah dimasak terlebih dahulu td.
- Tambahkan 4 cawan air lg. Biarkan mendidih kejap.
- Kemudian tambah garam dan gula secukup rasa sebagai “penyudah rasa”.


Nota:-
- Istilah “penyudah rasa” ni sy gunakan bagi 2x kerja penambahan garam dan gula dlm masakan.
- Menu ni juga sesuai utk  ibu-ibu dlm pantang yg telah sembuh jahitannya sbb di dalamnya ada dimasukkn halia dan bwg putih utk membantu mengeluarkan angin dlm badan.
- Gambar nnti sy "upload" lain kali ye..Lupa nk ambil gambar..hihii

Nak tahu? suami saya bagi saya 4 drp 5 bintang utk masakan ni..Okey la tu kan bg beginner sprt sy ni. Selamat mencuba!!!!





Aku , Suami , Anak-anak & Kerja Rumah

Ehh, apa pula cerita kali ni??? Hmmm..kisahnya begini..Takde la istimewa mana pun .Bukan menunjuk atau mengungkit ye..cuma sekadar utk berkongsi cerita..

15hb.11 ni, genap la setahun saya bergelumang dengan kerjaya baru sebagai "full-time housewife" selepas berenti keja sebagai seorg C&S Engineer kat salah sebuah consultant di KB..Hampir 3/4 hari saya adalah bersama anak-anak dan kerja rumah. Penat??memang memenatkan, lebih2 lagi saya kena melayan karenah anak-anak lelaki sy yg tak reti dok diam tu.. kena plak dengan si sulung yang semakin degil skrg nih..sungguh menduga kesabaran sy..lelah sy dibuatnya..Si adik pula asyik nak bertempel dgn saya 24jam..sampaikan masa buat kerja-kerja memasak dan mengemas rumah pun , adik dok bertenggek atas pinggang saya ni..Lenguh gak pinggang nih..berat tu ooiii...hihiiii..Si bulat Fukuchan (favourite cartoon Adik) saya tu bukan setakat tengok je saya buat keja tp tangannya pun dok sibuk mengacau saya buat kerja..ada2 aje brg2 yg nak disentuhnya..ada satu hari tu nyaris2 tangannya nk mencapai senduk yg sy tgh gunakn utk msk sayur air..Nasib baik sempat tepis tgn dia, kalau tk tentu dh tumpah air panas tu atas kami berdua.


Tapi kan dah memang tanggungjawab saya sebagai isteri dan ibu jadi kenala laksanakan. Maaf kata la ye, rasanya tugas sebagai suri rumah ni lebih memenatkan berbanding mereka2 yang bekerja kat pejabat tu..sebabnya saya pernah kerja jd saya blh la kata mcm tu..Kalau tak percaya anda boleh la bertanya kepada mana2 surirumah sepenuh masa yg lain. Rasa-rasanya mereka setuju dgn sy..

Tenaga , keringat dan minda serta kesabaran kena berjalan seiring. Kenapa saya kata camtu? Tenaga dan keringat kena gn utk lakukan kerja2 rumah dan melayan kerenah anak2. Rehat? jarang ada dlm kamus hidup surirumah yang punya anak2 kecil dan bergiat aktif dalam kerja2 menghuru-harakan brg-brg kat rumah..Kecuali bila diorg ni lena dlm kepenatan dan kekenyangan, boleh la rehat kejap tu..Nak tido??tak smptnya sbb byk lg keja2 terbengkalai kat dapur tu..Memasak, mengemas dan sebagainya lg..bila anak2 dah tido ini la masanya nk smbg buat kerja rumah tanpa diganggu. Tu pun kalau si adik tido lama. Kalau tak....baru je nk smbg keja dh kn STOP..Haiyoooo..Delay lagi..

Minda - kena la kreatif dan bijak membahagi masa utk suami, anak2 dan kerja rumah serta diri sendiri. Tp selalunya tak sempt pun nak manja-manjakan diri sendiri. Best2nya kalu dpt gi SPA ..hehheee..perasaan la plk..Sayangnya smpai skrg sy belum mampu lg menjadi pembahagi masa yg bijak ;-(...Why???Dlm keadaan ank2 kecil sy ni sedang membesar, behaviour diorg ni pn turut berubah..kata org ada musim2nya..every month si adik tentu ada perangai baru yg timbul..pening saya dibuatnya..si abg pula kata Mek dan Ma sudah capai takat umur kedegilan kanak2..Semua perubahan tu memerlukan perubahan dan kekreatifan utk menanganinya..

Kesabaran- penting untuk menghadapi kerenah anak2 terutama yg sulung tu..skrg ni makin degil dan tak mendengar kata..Banyak cakap pula tu..mcm murai..tak larat nk menjawab soalan2 darinya. Skrg ni plk dh pandai menjawab dan diajuknya ckp sy..ada masanya dtg gak geramnya..Tapi time dia berperangai baik, huhuuu...sejuk rasa hati..

Apapun segalanya bergantung pada cara masing2 utk menanganinya..Moralnya: Mendidik anak2 zaman skrg lebih sukar dan menduga akal serta kesabaran kita..Berbanding zaman dulu (zaman kita la tu) ibu bapa membesarkan ank2 dlm kepayahan dan kesempitan hidup dengan JAYAnya..Zaman skrg anak2 jgn dibuat seperti kita dulu..dibesarkan dlm keadaan yg cukup selesa, juga banyak medium2 hiburan yg mengkhayalkan skrg ni cukup membuatkan diorg ni berfikir lebih "advance" dari kita..Mana taknya, kita nk tgk rancangan "Indahnya Iman" di Astro Oasis disuruhnya kita tukar channel Astro Ria nak tengok "Akademi Fantasia 7"

Lagi satu, anak2 jgn dibuat lawan tp kawan..kalau tak kita ni boleh jd musuhnya dan kawan2nya sbgai "the closer person in their life"..Jadi kat mana kita di hati diorg??????

Sama-sama la kita fikirkannya ya...Coretan ni adalah dari pengalaman sy dan ahli keluarga terdekat saya..Untuk renungan DIRI SENDIRI dan juga ANDA jika sudi.


6 Pesanan khusus untuk wanita



1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidup kan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."


4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.


6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Sumber : http://idhamlim.blogspot.com/

Resipi Masakan Melayu Champa, Kemboja (1)

Ingin mencuba resipi daripada Kemboja? Saya ada beberapa resipi dari sana untuk dikongsi  bersama anda semua. Tapi bukan semuanya saya sempat belajar daripada mak mentua lagi. Yang ada dalam buku resipi saya dan yang pernah dicuba adalah dalam 8 ke 10 resipi.

Untuk resipi pertama ni, saya nak berkongsi resipi yg namanya "Tok Che-ghok". Lebih kurang mcm sup ayam gak la tp bahan-bahannya mmg jauh berbeza dgn resipi sup ayam kita.

Apapun anda semua cubala dulu ye. Harapnya dapat memberi kelainan dlm menu harian anda. Yang penting ianya tidak menggunakan minyak masak dan serbuk perasa.

Kat bawah ni saya senaraikan bahan-bahan untuk resipi ni. Bahan-bahan ni untuk 6 ketul ayam (daripada ayam yang dipotong 12 bahagian)

"Tok Che-ghok"

















Bahan-bahannya:
6 ketul ayam
3 ulas bawang putih (dimayang bulat)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 tangkai cili merah
3/4 senduk sos ikan (boleh ditambah atan dikurangkan bergantung pada rasa yg anda inginkan tp jgn masukkan terlalu byk sbb rasanya mmg dh masin):-)
1 batang carrot @ 2 biji  ubi kentang (carrot dipotong dlm 1 1/2 inci dan dibelah 4 bhgn)
Air (dlm 10 cawan)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
- Letakkan periuk berisi air di atas api yang sederhana. Biarkan mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan bawang putih dan bawang besar yg tlh dimayang. Kemudian masukkan ayam. Biarkan mendidih.
- Masukkan sos ikan , carrot dan cili merah.
- Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Jangan lupa rasa dulu ekk..(cukup rekadar ada rasa masin dan manis jer tau)
- Tutup api apabila carrot dah mula empuk. Selesai.

P/s: Untuk rasa yang lebih enak, perahkan asam limau dan taburkan daun sup apabila hendak dihidang. Jgn lupa cuba ye..

Pss: Kalau ada sebarang pertanyaan atau komen, sila-silakan la isi ruangan komen di bawah artikel ni ye. Saya amat mengalu-alukan komen drpd anda agar dpt saya memperbaiki mutu masakan ini utk diri saya dan dikongsi bersama anda.


Demam Lagi...

Semalam anak sulung saya, Hakimi demam. Alhamdulillah hari ni dia dah sihat. Hari ni adiknya, Amir Safwan pula yang demam. Puncanya, saya pun tak pasti. Tapi nampaknya ada 2 batang gigi barunya bakal tumbuh. Masa saya tulis pasal ni, adik sedang tidur. Kesian saya tengok. Sebabnya demam dia kali ni susah nak kebah. Ubat demam dah diberi, mandi pun sudah tp suhu badan masih tak turun-turun. 10 minit  lepas, saya dh letakkn tuala basah kat atas dahi. Ada sedikit perubahan.

Minta petua kawan, Kak Leq kat FB. Kebetulan dia tengah online. (Saya selalu "ON" chatroom kat FB sbb nak chat dengan suami selain rakan-rakan lama. Chatroom di FB sebagai salah satu medium utk kami berhubung kalau ada perkara-perkara penting.). Berbalik pada petua drp Kak Leq. Dia suruh saya praktikkan perkara-perkara berikut yang akan saya lakukan selepas adik bangun dr tidur nanti.

- jgn pakai bju tebal..pakai singlet je
- kerap lap badan anak dengan air paip especially kat bwh ketiak, leher dan kelengkang
(sebaiknya air suam sbb takut anak terkejut -seperti dicadangkan doktor2 perubatan)
- tampal KOOL FEVER..
- kekdg bg dia mkn aiskrim..tp yg jenis aiskrim yg dlm bekas tu (perasa vanilla) - juga selalu dicadangkan oleh doktor yg pernah merawat anak sulung saya.
- lagi bagus  kalau balut bdn anak ngan towel basah...cepat skit suhu badannya turun

Harap-harap petua ni menjadi dan anak saya lekas sembuh. Amin...OPPS..dah bangun pun anak saya..Minta undur diri..

Gigi Susu Adik Yang Pertama


22hb.Ogos.2009 - hari ni umat Islam di seluruh dunia mula menjalankan ibadat puasa. Pada hari yang sama juga 'Adik' genap 9 bulan dan gigi susu pertamanya mula tumbuh.Patut la adik nampak tak selesa sehari dua ni rupanya ada perubahan fizikal pada dirinya. Alhamdulillah, adik tidak meragam atau demam. Selera makannya pun tak berkurang. Semoga adik sentiasa sihat di bawah lindungan Allah hendaknya.

25hb.Ogos.2009 - sudah 4 hari umat Islam berpuasa. Semasa sahur pagi tadi, anakku Amir Safwan a.k.a Adik meragam tak nak minum susu. Biasanya, bila dah menyusu anak kecilku itu takkan berenti kecuali bila dah kenyang. Tapi pagi tadi dia asyik menangis tiap kali disuakan susu. Ya Allah, kenapa pula dengan anakku hari ni. Demam ke dia? Tapi bila kusentuh dahinya tak rasa panas pun. Kembung perut ke? Bila ku urut perutnya tak pula dia menangis. Cuma bila tiap kali aku berikan susu dia mula menangis. Aku dah buntu. Suami pun sama. Biasanya adik susah nak sakit atau meragam.

Sesungguhnya Allah sedang menguji kami dengan sedikit kesulitan. Memandangkan ini tahun pertama kami tinggal berasingan daripada keluarga, jadi kami tak tahu nak buat apa dalam situasi tersebut. Tengahari, ku terus telefon Mek (panggilan kebanyakkan org Kelate kpd ibunya) di kampung. Cuma dapat bercakap dengan adikku, Nida. Hanya dapat mengadu masalah sahaja. Lagipun dia belum ada pengalaman punya anak sebab belum berkahwin. Mek pula sedang tidur jadi aku tak mahu mengganggu. Lagipun mek bukannya sihat sangat.

Malamnya, suami menelefon ibunya. Sekadar memaklumkan tentang keadaan cucunya. Hari ni sepanjang hari Adik minum air kacang soya menggunakan gelas saja. Susu tepung direject terus. Siap ditepis botol susu ke tepi. Alhamdulillah, bila diberikan nestum dan bubur nasi adik tak menolak. Dalam kepala ni dok ingat adik dah tak nak menyusu badan lagi kot.

27hb.Ogos.2009 - Hari ni giliran kami sekeluarga berbuka puasa di kampungku pula memandangkan hari pertama berpuasa kami dah bersahur dan berbuka di rumah mentuaku.

Sampai je kat rumah, mek terus bertanyakan keadaan cucunya. Rupa-rupanya anakku gusinya sakit. Menurut mek, memang menjadi kebiasaan bagi anak-anak kecil yang baru nak tumbuh gigi meragam seperti adik. Kami suami isteri memang tak tahu tentang tu kerana anak yang sulung tidak punya masalah seperti adik.

Lega rasa hati ini. Akhirnya persoalan dah terjawab. Cuma sekarang ni kami perlu cari solutionnya. Akhirnya, adik diberi makan nestum, bubur nasi dan pisang rebus berselang hari. Susu badan terus direject hingga hampir seminggu kemudian, baru la adik mula menyusu balik.

Menitis air mata ni. Syukur Alhamdulillah. Mana taknya, apalah maknanya seorang ibu jika tak mampu menyusui anaknya sendiri sedang dia sepenuh masa berada di rumah dan tiada masalah yang menghalangnya menyusu anaknya sendiri? Dengan keadaan kesihatan di luar sana yang teruk dengan virus selesema babi, denggi, chikugunya dan tah apa-apa lagi, susu ibu dapat menjadi antibodi terbaik untuk bayi kecil kita.





Ribut Rabu, Jam 3.30 petang



Ya Allah, sesungguhnya saya tak pernah tengok ribut yang sebegitu hebat seperti yang berlaku pada 30hb.September lepas. Siapa sangka langit cerah hari tu tiba-tiba bertukar gelap dan berangin kencang. Suami yang berada kat pejabat tiba-tiba telefon bertanyakan khabar kami anak beranak kat rumah. Bayangkan angin ribut yang kuat dah mengopak bumbung rumah jiran depan rumah saya. Suami mana tak risau.

Anak-anak yang sebelum ni sedang tidur kat dalam bilik dan ruang tamu saya kumpulkan kat satu tempat. Kami semua dok kat ruang tamu. Sebenarnya saya tak tahu nak buat apa. Jadi dengan air sembahyang yang masih berbaki saya ambil Al-Quran dan baca. Tenang sikit rasa hati.

Saya tak pasti berapa lama kejadian ribut tu berlaku, mungkin 5 ke 10 minit gitu. Siapa la yang sempat mengira masa dalam keadaan macam tu kan. Dan siapa sangka, kejadian itu petanda yang Sumatera bakal mengalami gempa bumi yang kuat.

Saya dimaklumkan suami, ribut lebih kencang berlaku di kawasan berhampiran pantai. Manakala kawasan-kawasan lain cuma menerima tempiasnya sahaja. Bayangkan keadaan dan perasaan mereka yang tinggal berhampiran pantai berbanding mereka yang tinggal jauh daripada pantai. Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan mereka. Dengar-dengar cerita kediaman mereka rosak teruk dan ada seorang saudara kita yang pergi meninggalkan kita pada hari kejadian tu. Al-Fatihah.

Jika diperhatikan sekarang ni begitu banyak kejadian-kejadian alam yang buruk berlaku kini. Semuanya kerana kita, manusia-manusia yang makin lupa pada-Nya. Sama-samalah kita ingat-mengingati dan berpesan-pesan ke arah kebaikan. Semoga hati dan iman kita akan kembali pada-Nya.


Luahan hati hamba..

Hampir 3 minggu rasanya saya tak mengupdate blog saya ni.Tengok blog sendiri macam orang tiada perasaan.Bukannya takde cerita nak dicoretkan,tapi tak sempat.Baru aje saya nak tekan keyboard,anak-anak pula meragam.Sepanjang bulan puasa ni, hero-hero saya tu tak nak tidur siang hari la pulak.

Saya pula jenis orang yang tak pandai dalam bab karang-mengarang ni, memang segan nak mencoretkan sesuatu dalam blog ni.Tapi kini, saya dah faham.Ini blog peribadi saya.Tempat saya meluahkan perasaan, mencoretkan cerita dan berkongsi informasi dengan mereka yang sudi mengunjungi.Makanya, ayat-ayat yang digunakan tak perlu la skema sangat. Cukup-cukup la sesedap rasa dan selera diri sendiri,selagi tidak menguris hati para pengunjung dan pihak-pihak lain.

Namun begitu,awal-awal lagi saya tetap ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang coretan di blog ini yang tak sesuai dengan jiwa anda key.

Terima kasih atas kunjungan anda.


Kek Coklat Simple

Kek Coklat Simple












Saya tak sempat ambil gambar kek yang saya buat, jadi image ni saya pinjam dari blog 14sept. Lebih kurang gini la rupanya.Tapi rasanya mungkin sedikit berbeza sebab bahan-bahannya berbeza sedikit.

Bahan-bahan A:
1 cawan serbuk koko
3/4 @ 1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak

Bahan-bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh sodium bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(*3 bahan di atas diayak bersama)
3 biji telur
1 susu teh esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis (saya gunakan 1 cawan Marigold krimer penuh krim untuk kopi dan teh tarik)

Cara-cara membuatnya:
- Semua bahan-bahan A dimasak di atas api yang sederhana sehingga sebati, likat skit dan mendidih. Kemudian sejukkan
- Pukul telur sehingga kembang.
- Masukkan esen vanila dan susu cair. Pukul rata.
- Masukkan 2 sudu besar tepung gandum diselang-seli dengan 2 sudu besar coklat yang dimasak tadi (campuran bahan-bahan A) ke dalam mangkuk adunan dan dipukul sebati.
- Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang yang dah disapu mentega. Bakar pada suhu 150 degree selama 30 minit atau sehingga masak.Biar sejuk baru keluarkan dari acuan.

Untuk toppingnya, masakkan coklat masakan secara 'double boiling' + sedikit shortening untuk bagi dia kilat dan cair.Curah atas kek yang dah disejukkan tadi. Kalu nak cantik lagi tabur coklat rice atau rice yang kaler macam-macam tu, baru bertambah selera tu nak makan.Senangkan?Cuba la..

P/s :Bila dah masak, kalau ada yang kerak-kerak tu kasi potong la skit. Nanti baru la cantik ropanya.Ni pengalaman saya masa first time wat kek nih dengan oven yang baru di beli.Tapi bagi yang dah biasa buat kek mesti takde masalah punya. SELAMAT MENCUBA!!! 



Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Adilfitri buat para pengunjung blog ini serta Maaf Zahir dan Batin.

Agak lama saya tidak update blog ni. Sibuk memanjang..Kepada yang telah mengunjungi blog ini,terima kasih saya ucapkan.Namun,gerak hati ini dapat merasakan yang anda mungkin sedikit terkilan dengan isi kandungannya kan?Saya mohon maaf di atas kekurangan yang ada pada blog ini.Walau bagaimanapun, saya akan berusaha untuk sentiasa update post-post di dalam blog ini untuk tatapan anda.

Hari ini dah masuk hari ke-12 kita beraya,sekarang kita sudah boleh mula dengan puasa 6 pula.Saya sendiri pun belum lagi mula berpuasa lagi.InsyaAllah,sabtu ni dah boleh mula.Agak sukar juga kan untuk kita meninggalkan segala biskut dan kueh raya hari tu kan? Tapi lebih rugi rasanya sekiranya kita melepaskan pahala puasa sunat di bulan Syawal ni kan?Lagipun, selepas ni kita masih lagi boleh beraya,malahan lebih bererti dan memberi kesan pada jiwa kita kan?

Pada yang bakal menyambut raya puasa 6, saya ingin berkongsi satu resipi buat anda jadikan juadah berhari raya.Resipinya agak simple dan senang untuk disediakan.Namanya "Kek Batik Sayang".Resipi ni saya dapat daripada mak sedara saya.Tapi sumber asal resipi ni saya tak pasti makcik dapat kat mana.Kat bawah ni saya senaraikan bahan-bahannya ye:-)

Kek Batik Sayang
                                                      









 

Bahan A:
1 ketul mentega
1/2 cawan gula halus (guna aje gula pasir yang dikisar)
4 biji telur ayam (lagi bagus yang saiz besar)
Sedikit esen vanilla (1/2 penutup esen vanilla)

Bahan B:
1/2 tin susu pekat manis (guna yang tin kecil jer,tp saya guna 1 cawan susu krimer manis Marigold yang dirumus khas untuk kopi dan teh tarik-kurang skit kemanisannya)
1/2 cawan air suam
7 sudu besar milo
7 susu besar serbuk koko (sebaiknya yang bertimbang tu)
1 paket biskut Marie (pecah-pecahkan kepada 4 bahagian) -saya guna Big Marie Milk Flavour 210g  keluaran Julie's yang mengandungi 6 convi-packs.

Cara membuatnya:
Bahan-bahan A:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.

Bahan-bahan B:
- Campurkan milo, serbuk koko dan susu. Kacau sehingga milo dan serbuk koko tidak berketul.
- Kemudian masukkan air suam. Kacau sehingga rata.
- Campurkan bahan A dan B di dalam satu periuk. Masak di atas api yang kecil sehingga bancuhan menjadi  pekat dan mendidih.
- Masukkan biskut Marie yang telah dipecah-pecahkan tadi. Kacau sehingga rata. Tutup api.
- Tuangkan ke dalam loyang dan tekan-tekankan.
- Apabila acuan sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais.

**Rasanya cukup enak dan manisnya sedang-sedang sahaja.Suami saya yang tak suka makan makanan bercoklat pun sukakannya..Selamat mencuba:)




Kelebihan Wanita Di sisi Islam

Kepada wanita-wanita a.k.a para surirumah dan ibu-ibu yang full time memerah keringat untuk keluarga anda, juga kepada wanita-wanita berkerjaya tetapi tetap mengutamakan keluarganya..Ini ada informasi untuk kita kongsi bersama. Artikel ini ditulis semula oleh saudara Azmi Hussin (dipetik dari Bayan Mastura oleh Syed Ahmad Khan , Januari 1992) ditujukan khusus untuk kita, para wanita untuk dihayati dan dicedok segala isi kandungannya untuk dipraktikkan dalam kita menyusuri hidup ke arah bergelar wanita solehah, insyaAllah.Hayatilah. .

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat wanita hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu  pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan penuh kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar untuk berjuang ke jalan Allah dan kemudiannya menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari, dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukuptidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allh akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai sambil berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakannya satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun ), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami jika disuruh akan mendapat pahala tola emas.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Pandangan:

1. Amatlah mudah bagi seorang wanita seperti kita untuk menjejaki syurga..Namun masih terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

2. Sang suami pula perlu ingat,tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika satu pun tidak terbela.

3. Yang belum kahwin tu beringatlah,kamu terdedah kepada kemungkaran.Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sempat sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan,dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk diri dalam semua arah.

Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.Pisau itu menetak kepala kita macammana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita dikopak dua,dipisahkan denngan kasarnya ketika kita masih hidup. Lepas itu dikapakkan kepala kita macam tembikai.Itu baru kepala,belum masuk tangan, kaki,badan dan sebagainya.

Sumber artikel: http://harakahdaily.net/

Nota jahitan untuk yang berminat..

Dalam post kali ni saya nak maklumkan pada yang berminat dengan kerja jahit menjahit tu, anda boleh dapatkan nota dari mygfl yang mengandungi nota-nota:
Sila klik link berkenaan ye...

Laporan Percuma Informasi Padat H1N1!!!



Nak terus dapatkan laporan padat ini..Klik sini http://www.tipsihat.com/index.php?ref=H1N1report

Tapi pesan saya agar anda membaca dulu artikel di bawah untuk gambaran lebih jelas kenapa laporan ini dihasilkan..

Laporan Akhbar:

5 juta rakyat Malaysia berisiko dijangkiti H1N1: WHO

BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.
"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.
Beliau berkata, wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.

"Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.
Liow berkata, kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.

"Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. - Bernama

Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita, Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang amat membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus kejam ini tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda, malah tidak tahu yang kaya atau miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah satu ujian kepada kita.

Di sini saya ingin berkongsi satu laporan berinformasi berkenaan dengan penularaan virus ini yang dihasilkan oleh saudara Razif Yusof dari team Tipsihat.Com.Laporan ini diberikan percuma oleh saudara Razif dengan harapan orang ramai akan mendapat manfaat dari laporan percuma tersebut. Anda boleh dapatkan laporan percuma tu di sini:
(hanya perlu masukkan nama dan email, laporan ini akan dihantar terus ke email anda)

Jika anda juga merasakan informasi ini berguna, sila edarkan kepada saudara-mara, rakan-rakan atau kenalan anda.Semoga bermanfaat...!


P/s: Saya dah baca laporan ni,memang banyak info-info yang kita tak tahu dan perlu kita ambil tahu tentang virus ini dan langkah pencegahannya..Jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya...

Menatap wajah yang tersayang ketika tidur


Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur ? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda....
Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah, Tak lain adalah untuk KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

dari NYA kita datang, kepada NYA kita kembali.


Sumber : http://idhamlim.blogspot.com/

Siapakah Orang Yang Sibuk...

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA. ......... .
 
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
 
Sumber : http://idhamlim.blogspot.com/

Folded Riben Rose

Lagi Produk Percuma Untuk Di Muat Turun

Di sini sekali lagi saya ingin  berkongsi produk-produk percuma untuk anda muat turun:

- E-book "Emas Sebagai Senjata Kekayaan".
   http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=jarumas

- "25 E-book Percuma".
   http://www.percuma25ebook.asobizz.com/index.php?ref=free25book

- E-book "Asas Buat Duit Di Internet" .
   http://www.ceo-cyber.com/asasinternet/index.php?ref=jarumas

- Minisite Template untuk Wordpress.
   http://www.minisiteforwp.com/index.php?ref=freedownld

Kenapa Anda Perlu Memulakan Bisnes Internet?



Saya ingin kongsikan kepada anda sebuah ebook percuma iaitu Panduan Asas Internet:
http://www.ceo-cyber.com/asasinternet/index.php?ref=jarumas

Ebook ini akan menerangkan Panduan asas ke arah menjana pendapatan lumayan di internet.Di sini saya senaraikan beberapa sebab kenapa anda harus memulakan perniagaan internet :

1. Modal Rendah  
Anda tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan internet seperti mana perniagaan offline yang lain. Apa yang anda perlukan hanyalah idea, domain, internet akses, dan juga hosting. Semua ini hanya berharga kurang dari $100 sahaja!

2. Waktu Kerja Yang Fleksibel
Anda tidak perlu lagi bekerja dari 9-5 apabila memulakan perniagaan internet ini. Anda tidak perlu lagi bangun seawal pagi untuk tiba di tempat kerja. Anda boleh memilih masa bekerja yang anda suka. Segalanya anda tentukan sendiri.

3. Bekerja Dari Rumah
Di mana komputer anda, di situlah tempat anda bekerja. Anda boleh bekerja dari rumah anda sendiri. Anda tidak perlu terperangkap lagi dalam kesesakan jalan raya setiap pagi untuk ke tempat kerja. Dengan bekerja dari rumah, anda telah menjimatkan masa 2 jam setiap hari, iaitu masa yang anda ambil untuk sampai ke tempat kerja. Ini bermakna, dalam setahun anda mempunyai lebihan masa 730 jam!.Banyak tu, macam-macam boleh buat untuk tambah pendapatan

4. Pasaran Antarabangsa
Hanya dengan komputer dan internet akses, apa sahaja di dalam dunia ini berada di hujung jari anda. Internet ibarat dunia tanpa sempadan. Anda boleh mempromosikan produk anda ke seluruh dunia 24 jam sehari 7 hari seminggu. Gunakan kelebihan internet ini sebaiknya!

5. Perniagaan Yang Automatik/Autopilot
Perniagaan internet ini anda boleh automasikan segala proses tanpa anda perlu berada di depan komputer setiap masa. Duit akan masuk walaupun anda sedang tidur!
  

6. Tidak Perlu Bekerja 8 Jam Sehari
Menjalankan perniagaan internet memberikan anda kebebasan untuk memilih waktu anda bekerja. Anda tidak perlu lagi wajib bekerja 8 jam sehari. Segalanya terletak di tangan anda. Apabila perniagaan online anda boleh berjalan secara automatik,anda hanya perlu meluangkan masa mengikut keperluan perniagaan anda seperti menyemak email, mempromosikan website anda dan mengembangkan lagi perniagaan tersebut. Semuanya mungkin boleh diselesaikan dalam 3-4 jam sahaja.
  
7. Meluangkan masa bersama keluarga dan rakan
Menjalankan perniagaan online juga dapat memberi anda lebih masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Malah, anda dapat melihat anak-anak membesar di depan mata anda. Anda mempunyai masa yang lebih berkualiti dengan orang-orang yang anda sayangi.

Dan banyak lagi sebenarnya faedah menjalankan perniagaan internet.Saya sarankan anda dapatkan segera Ebook percuma Panduan Asas Internet ini sekarang:
http://www.ceo-cyber.com/asasinternet/index.php?ref=jarumas

19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG


19 KEISTIMEWAAN WANITA
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Sumber : http://idhamlim.blogspot.com/
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ILHAM JARUM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.