Gigi Susu Adik Yang Pertama


22hb.Ogos.2009 - hari ni umat Islam di seluruh dunia mula menjalankan ibadat puasa. Pada hari yang sama juga 'Adik' genap 9 bulan dan gigi susu pertamanya mula tumbuh.Patut la adik nampak tak selesa sehari dua ni rupanya ada perubahan fizikal pada dirinya. Alhamdulillah, adik tidak meragam atau demam. Selera makannya pun tak berkurang. Semoga adik sentiasa sihat di bawah lindungan Allah hendaknya.

25hb.Ogos.2009 - sudah 4 hari umat Islam berpuasa. Semasa sahur pagi tadi, anakku Amir Safwan a.k.a Adik meragam tak nak minum susu. Biasanya, bila dah menyusu anak kecilku itu takkan berenti kecuali bila dah kenyang. Tapi pagi tadi dia asyik menangis tiap kali disuakan susu. Ya Allah, kenapa pula dengan anakku hari ni. Demam ke dia? Tapi bila kusentuh dahinya tak rasa panas pun. Kembung perut ke? Bila ku urut perutnya tak pula dia menangis. Cuma bila tiap kali aku berikan susu dia mula menangis. Aku dah buntu. Suami pun sama. Biasanya adik susah nak sakit atau meragam.

Sesungguhnya Allah sedang menguji kami dengan sedikit kesulitan. Memandangkan ini tahun pertama kami tinggal berasingan daripada keluarga, jadi kami tak tahu nak buat apa dalam situasi tersebut. Tengahari, ku terus telefon Mek (panggilan kebanyakkan org Kelate kpd ibunya) di kampung. Cuma dapat bercakap dengan adikku, Nida. Hanya dapat mengadu masalah sahaja. Lagipun dia belum ada pengalaman punya anak sebab belum berkahwin. Mek pula sedang tidur jadi aku tak mahu mengganggu. Lagipun mek bukannya sihat sangat.

Malamnya, suami menelefon ibunya. Sekadar memaklumkan tentang keadaan cucunya. Hari ni sepanjang hari Adik minum air kacang soya menggunakan gelas saja. Susu tepung direject terus. Siap ditepis botol susu ke tepi. Alhamdulillah, bila diberikan nestum dan bubur nasi adik tak menolak. Dalam kepala ni dok ingat adik dah tak nak menyusu badan lagi kot.

27hb.Ogos.2009 - Hari ni giliran kami sekeluarga berbuka puasa di kampungku pula memandangkan hari pertama berpuasa kami dah bersahur dan berbuka di rumah mentuaku.

Sampai je kat rumah, mek terus bertanyakan keadaan cucunya. Rupa-rupanya anakku gusinya sakit. Menurut mek, memang menjadi kebiasaan bagi anak-anak kecil yang baru nak tumbuh gigi meragam seperti adik. Kami suami isteri memang tak tahu tentang tu kerana anak yang sulung tidak punya masalah seperti adik.

Lega rasa hati ini. Akhirnya persoalan dah terjawab. Cuma sekarang ni kami perlu cari solutionnya. Akhirnya, adik diberi makan nestum, bubur nasi dan pisang rebus berselang hari. Susu badan terus direject hingga hampir seminggu kemudian, baru la adik mula menyusu balik.

Menitis air mata ni. Syukur Alhamdulillah. Mana taknya, apalah maknanya seorang ibu jika tak mampu menyusui anaknya sendiri sedang dia sepenuh masa berada di rumah dan tiada masalah yang menghalangnya menyusu anaknya sendiri? Dengan keadaan kesihatan di luar sana yang teruk dengan virus selesema babi, denggi, chikugunya dan tah apa-apa lagi, susu ibu dapat menjadi antibodi terbaik untuk bayi kecil kita.





No comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ILHAM JARUM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.