Ribut Rabu, Jam 3.30 petang



Ya Allah, sesungguhnya saya tak pernah tengok ribut yang sebegitu hebat seperti yang berlaku pada 30hb.September lepas. Siapa sangka langit cerah hari tu tiba-tiba bertukar gelap dan berangin kencang. Suami yang berada kat pejabat tiba-tiba telefon bertanyakan khabar kami anak beranak kat rumah. Bayangkan angin ribut yang kuat dah mengopak bumbung rumah jiran depan rumah saya. Suami mana tak risau.

Anak-anak yang sebelum ni sedang tidur kat dalam bilik dan ruang tamu saya kumpulkan kat satu tempat. Kami semua dok kat ruang tamu. Sebenarnya saya tak tahu nak buat apa. Jadi dengan air sembahyang yang masih berbaki saya ambil Al-Quran dan baca. Tenang sikit rasa hati.

Saya tak pasti berapa lama kejadian ribut tu berlaku, mungkin 5 ke 10 minit gitu. Siapa la yang sempat mengira masa dalam keadaan macam tu kan. Dan siapa sangka, kejadian itu petanda yang Sumatera bakal mengalami gempa bumi yang kuat.

Saya dimaklumkan suami, ribut lebih kencang berlaku di kawasan berhampiran pantai. Manakala kawasan-kawasan lain cuma menerima tempiasnya sahaja. Bayangkan keadaan dan perasaan mereka yang tinggal berhampiran pantai berbanding mereka yang tinggal jauh daripada pantai. Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan mereka. Dengar-dengar cerita kediaman mereka rosak teruk dan ada seorang saudara kita yang pergi meninggalkan kita pada hari kejadian tu. Al-Fatihah.

Jika diperhatikan sekarang ni begitu banyak kejadian-kejadian alam yang buruk berlaku kini. Semuanya kerana kita, manusia-manusia yang makin lupa pada-Nya. Sama-samalah kita ingat-mengingati dan berpesan-pesan ke arah kebaikan. Semoga hati dan iman kita akan kembali pada-Nya.


No comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ILHAM JARUM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.