10 Tanda Hati Kita Mati

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.

2.Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang untuk menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuk menghadapinya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa keaiban diri sendiri.

10. Menghantar/menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam, tetapi tidak mengambil peringatan daripadanya.

Pola Baju Kurung Pesak Biasa..In Progress

Agak lama saya tidak update blog ni.Masa saya sekarang terlalu terhad. Sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak, memang itulah rutin harian saya. Hingga kain pemberian mentua (sudah siap dipotong) pun belum berjahit lagi. Sukar sikit saya nak curi masa utk menjahit. Sebabnya, kalau saya sentuh je mesin jahit, ada la bodyguard kat kiri kanan saya..:) Adala yang sibuk meng'offer', nak membantu .Macam mana nk menjahit tu??
Nak letak gambar bodyguard saya tu,kamera plak dah rosak..:(..sekadar cite je la kali ni.

Setakat hari ni, saya dalam proses menyiapkan tutorial untuk buat pola baju kurung pesak biasa. InsyaAllah, bila dah siap saya akan upload dlm blog ni. Cuma masanya, xdapat dipastikkan. Bergantung pada mood anak2..Kalu mood diaorang OK, cepat la saya siapkan..kalau tak, lambat la dpt upload kat dlm blog ni..

Apa yang mampu saya kata, Wait N See je la ye..:)

ISI AYAM GORENG KUNYIT BERSAMA KENTANG


Kali ni saya nak berkongsi resipi ciptaan saya sendiri. Ianya sangat simple dan baik untuk kesihatan kita semua. Cuba ya..

ISI AYAM GORENG KUNYIT BERSAMA KENTANG


Bahan-bahan:
Isi Ayam (dihiris nipis)
3-4 biji ubi kentang (dihiris nipis, dalam 3mm gitu)
2 ulas bawang putih (dimayang bulat)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis (anggaran 1-2 sudu makan)
Air

Cara-cara membuatnya:
1.  Rebus hirisan kentang tadi. Masukkan sedikit garam dan gula. Masak hingga empuk.
2. Setelah empuk, toskan.
3. Tumis bawang putih hingga layu.
4. Masukkan isi ayam. Masak dalam 2-3 minit atau hingga warnanya nampak keputihan.
5. Masukkan pula kentang yang telah direbus tadi, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serta sedikit garam dan gula. Kacau dan tutup dengan penutup.

Note: Masak di atas api sederhana aje supaya bahan-bahan yang dimasak tidak mudah hangit dan bahan-bahan perasa tadi dapat meresap ke dalam isi ayam dan kentang dengan sempurna.



Resipi Masakan Melayu Champa, Kemboja (3)


TOK SAM NENAS











Bahan A:
Daging (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dimayang bulat)
1 biji bawang besar (dimayang bulat)
1 biji cili merah (dimayang)
3-4 biji tomato saiz sederhana (dibelah 4)
2 keping hirisan nenas muda (tebal dlm 1cm , dicincang halus)
Kobis
¾  senduk Sos ikan (boleh tambah atau dikurangkan)
Air (dlm 10 cwn atau lebih)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan B:
4 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang halus)
Daun ketumbar( dimayang halus)
Sedikit minyak untuk menumis (1-2 sudu besar aje ye)

Cara-cara membuatnya:
Bahan A:
1.  Masukkan air ke dalam periuk. Masak atas api yang kuat hingga mendidih.
2. Bila air dah mendidih, perlahankan api. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar.
3. Masukkan hirisan daging. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sos ikan, nenas,tomato dan cili merah.
5. Masukkan pula garam dan gula. Masak hingga terasa effect daripada bahan-bahan di langkah 4 tadi.
6. Bila dah cukup rasa (mengikut selera anda), baru masukkan sayur kobis. Ini bagi mengelakkan kobis tadi masak layu.

Bahan B:
1. Tumis bawang putih hingga garing dan naik bau.
2. Taburkan bawang putih tumis dan hirisan daun ketumbar ke dalam masakan tadi.

Note: Setelah siap, jangan terus tutup masakan tadi bagi mengelakkan sayur masak layu.

Folded Ribbon Rose (2)

Agak lama saya mencari tutorial macam mana nak buat Folded Ribbon Rose yang cantik. Akhirnya jumpa gak..Walaupun saya dah biasa hasilkan jambangan bunga menggunakan teknik Folded Rose daripada tali rafia, tali plastik yang org wat ikat surat khabar dan sebagainya lagi tu, tapi bila sampai bab ros daripada riben, resultnya tak berapa cantik.

Saya postkan video tutorial kat dlm blog ni agar senang utk saya review video ni, untuk saya pelajari teknik-tekniknya. Sambil2 tu dapat gak kongsikan bersama anda semua.



NIAGA TUDUNG BAWAL SULAM TALI KASUT (TERKINI!!!)

Huh, lama betul saya tak update blog ni. Asyik tak sempat jer..Bulan ni sibuk skit. Sibuk nak berbisnes la plak..hehehe..:-) Untuk pertama kalinya sy belajar berniaga secara online..Harap-harap ada hasilnya..InsyaAllah.

Lupa plak nak mention, produk apa yang saya jual..Sebenarnya saya jual Tudung Bawal Asli (No.1 Jepun) dari Kelantan tu la. Ni, sambil-sambil update blog ni, saya nk promote la tudung bawal saya tu skali..Apa org kata? Sambil menyelam, sambil minum air.Yang saya jual ni, InsyaAllah masih panas lagi di pasaran perniagaan tudung bawal online ni..Namanya Tudung Bawal Asli (No.1 Jepun) Sulam Tali Kasut. Harga mengikut pasaran di Kelantan


Berminat nak tengok??Sila-sila la klik di sini ye..Kat left sidebar tu ada sub-category: Tudung. Leh la klik kat situ ye..Mana tahu kot-kot ada yang berkenan..Tapi untuk pembaca blog ni saya akan upload gambar-gambar tudung tu untuk anda menjamu mata .:)








STOK TERHAD..Ada 6 warna kesemuanya, yang saya upload baru 4, ada lg 2 (Putih dan krim)..xsmpt edit gambar lagi.Kalau nak view yang lebih detail boleh tengok kat sini ye..

Aktif Seks Punca Kanser

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN (Kosmo! Online)



HPV boleh dipindahkan kepada pasangan dan ia mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun untuk berkembang. 


KANSER serviks atau kanser pangkal rahim terjadi pada saluran reproduksi wanita dan menjadi penyebab utama kematian akibat kanser di seluruh dunia.

Biarpun mudah dikesan melalui saringan awal, namun masih ramai yang tidak berusaha mencegahnya.

“Mereka hanya bertemu doktor apabila keadaan sudah kritikal.

“Kajian juga mendapati kanser serviks masih dipandang ringan oleh sesetengah wanita, bahkan tidak ramai yang melakukan ujian pap smear yang dapat mengesan kanser berkenaan pada peringkat awal.

“Kebanyakan wanita bekerja mengatakan mereka terlalu sibuk selain malu untuk menjalani pemeriksaan itu,” ujar Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Selangor Medical Center, Dr. B.K. Tan.

Jelasnya, kanser serviks berpunca daripada beberapa faktor termasuk hubungan seks.“Salah satu faktornya ialah kehadiran antibodi kepada Virus Papilloma Manusia (HPV) iaitu virus yang sama menyebabkan ketuat alat kelamin.

“Virus yang berjangkit melalui hubungan seks ini dipercayai boleh menyebabkan perubahan pada sel pangkal rahim seterusnya membawa kepada perkembangan sel kanser.

 “Bagi wanita yang dijangkiti virus ini, mereka terdedah kepada risiko kanser serviks manakala bagi lelaki, mereka terdedah kepada kanser dubur.

“Wanita yang mempunyai ramai pasangan seks atau terbabit dengan pasangan yang juga ramai pasangan seks lebih mudah mendapat jangkitan HPV. Keadaan lebih buruk apabila wanita itu merokok manakala tubuhnya kurang daya tahan,” katanya

Tambah Tan, kanser serviks hanya boleh terjadi kepada wanita yang pernah mengadakan hubungan seks. HPV boleh dipindahkan kepada pasangan dan ia mengambil masa di antara 10 hingga 15 tahun untuk berkembang.

“Kanser ini boleh dikenal pasti berdasarkan beberapa gejala seperti rasa sakit atau pendarahan ketika melakukan hubungan seks.

“Selain itu, jika berlaku pendarahan dalam faraj antara haid, lelehan berdarah di faraj yang berbau dan pendarahan pada wanita menopaus, juga mungkin tanda kehadiran kanser ini,” katanya.

Menurut satu kajian, kanser serviks menjadi punca kematian kira-kira 270,000 wanita setiap tahun dengan seorang wanita meninggal dunia setiap dua minit di seluruh dunia.

Memetik laporan Daftar Kanser Kebangsaan pada tahun 2003, anggaran kejadian kanser serviks di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini mencakupi 12.9 peratus kanser yang dihidapi wanita.

Bagaimanapun, menurut Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di kalangan 100 wanita di negara ini pada tahun 2003 mendapati 23 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak perlu melakukan ujian pap smear kerana menganggap mereka tidak mungkin menghidap kanser itu.

Antara lain, faktor kesibukan menjadi penghalang dengan 18 peratus, diikuti malu (9.6 peratus) dan tidak pernah mendengar langsung mengenainya (20 peratus).

“Pelbagai kempen telah dilakukan dan sepatutnya kesedaran untuk melakukan ujian saringan ini menjadi tanggungjawab setiap wanita yang pernah melakukan hubungan kelamin sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menentukan tahap kesihatan rahim mereka.

Jika tidak, mereka mungkin akan tersenarai dalam 3,000 hingga 4,000 kes baru yang dilaporkan setiap tahun di negara ini,” kata Tan. 

Vaksin

Sebagai usaha untuk mengurangkan risiko kematian disebabkan kanser serviks, kaum wanita di Malaysia kini boleh mendapatkan vaksin HPV Kuadrivalen.

Vaksin yang dihasilkan khusus untuk mencegah kanser serviks, prakanser faraj dan prakanser vulva yang disebabkan oleh HPV jenis 16 dan 18 itu semakin kerap diperkatakan.

Malah Kementerian Kesihatan juga mengambil langkah untuk memberi suntikan pelalian itu kepada 300,000 pelajar perempuan bagi mencegah penularan kanser serviks

“Suntikan HPV adalah cara paling baik untuk menentang penyakit ini,” kata Tan.

Vaksin ini telah diluluskan dan sudah lebih 30 juta wanita di seluruh dunia mengambilnya.

Ia berfungsi sebagai pencegah ketuat alat kelamin dan lesi (zona tisu rosak) serviks gred rendah yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16 dan 18.

“HPV jenis 16 dan 18 merupakan punca bagi hampir 70 peratus kes kanser serviks, kanser vulva dan kanser faraj serta punca bagi 50 peratus lesi.

“Sementara itu, HPV 6 dan 11 menyebabkan kira-kira 90 peratus ketuat alat kelamin. Empat jenis HPV ini menyebabkan kira-kira 35 hingga 50 peratus lesi gred rendah serviks, faraj dan vulva,” jelas Tan.

Bagaimanapun, pemvaksinan tidak akan melindungi pesakit daripada jenis HPV dan ia boleh menghalang virus daripada jenis HPV 16 dab 18 sahaja.

“Pemvaksinan bertujuan mengurangkan risiko daripada dijangkiti HPV 16 dan 18 yang menjadi punca kanser serviks. Ia tidak boleh menghalang sepenuhnya penerima suntikan pelali itu daripada mendapat kanser ini.

“Oleh itu, pemeriksaan rahim secara berkala amat digalakkan bagi mengelakkan pengesanan kanser pada peringkat akhir yang boleh mengancam nyawa,” kata Tan.

Sumber :  http://www.drazwan.blogspot.com/
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ILHAM JARUM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.