Aktif Seks Punca Kanser

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN (Kosmo! Online)



HPV boleh dipindahkan kepada pasangan dan ia mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun untuk berkembang. 


KANSER serviks atau kanser pangkal rahim terjadi pada saluran reproduksi wanita dan menjadi penyebab utama kematian akibat kanser di seluruh dunia.

Biarpun mudah dikesan melalui saringan awal, namun masih ramai yang tidak berusaha mencegahnya.

“Mereka hanya bertemu doktor apabila keadaan sudah kritikal.

“Kajian juga mendapati kanser serviks masih dipandang ringan oleh sesetengah wanita, bahkan tidak ramai yang melakukan ujian pap smear yang dapat mengesan kanser berkenaan pada peringkat awal.

“Kebanyakan wanita bekerja mengatakan mereka terlalu sibuk selain malu untuk menjalani pemeriksaan itu,” ujar Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Selangor Medical Center, Dr. B.K. Tan.

Jelasnya, kanser serviks berpunca daripada beberapa faktor termasuk hubungan seks.“Salah satu faktornya ialah kehadiran antibodi kepada Virus Papilloma Manusia (HPV) iaitu virus yang sama menyebabkan ketuat alat kelamin.

“Virus yang berjangkit melalui hubungan seks ini dipercayai boleh menyebabkan perubahan pada sel pangkal rahim seterusnya membawa kepada perkembangan sel kanser.

 “Bagi wanita yang dijangkiti virus ini, mereka terdedah kepada risiko kanser serviks manakala bagi lelaki, mereka terdedah kepada kanser dubur.

“Wanita yang mempunyai ramai pasangan seks atau terbabit dengan pasangan yang juga ramai pasangan seks lebih mudah mendapat jangkitan HPV. Keadaan lebih buruk apabila wanita itu merokok manakala tubuhnya kurang daya tahan,” katanya

Tambah Tan, kanser serviks hanya boleh terjadi kepada wanita yang pernah mengadakan hubungan seks. HPV boleh dipindahkan kepada pasangan dan ia mengambil masa di antara 10 hingga 15 tahun untuk berkembang.

“Kanser ini boleh dikenal pasti berdasarkan beberapa gejala seperti rasa sakit atau pendarahan ketika melakukan hubungan seks.

“Selain itu, jika berlaku pendarahan dalam faraj antara haid, lelehan berdarah di faraj yang berbau dan pendarahan pada wanita menopaus, juga mungkin tanda kehadiran kanser ini,” katanya.

Menurut satu kajian, kanser serviks menjadi punca kematian kira-kira 270,000 wanita setiap tahun dengan seorang wanita meninggal dunia setiap dua minit di seluruh dunia.

Memetik laporan Daftar Kanser Kebangsaan pada tahun 2003, anggaran kejadian kanser serviks di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini mencakupi 12.9 peratus kanser yang dihidapi wanita.

Bagaimanapun, menurut Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di kalangan 100 wanita di negara ini pada tahun 2003 mendapati 23 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak perlu melakukan ujian pap smear kerana menganggap mereka tidak mungkin menghidap kanser itu.

Antara lain, faktor kesibukan menjadi penghalang dengan 18 peratus, diikuti malu (9.6 peratus) dan tidak pernah mendengar langsung mengenainya (20 peratus).

“Pelbagai kempen telah dilakukan dan sepatutnya kesedaran untuk melakukan ujian saringan ini menjadi tanggungjawab setiap wanita yang pernah melakukan hubungan kelamin sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menentukan tahap kesihatan rahim mereka.

Jika tidak, mereka mungkin akan tersenarai dalam 3,000 hingga 4,000 kes baru yang dilaporkan setiap tahun di negara ini,” kata Tan. 

Vaksin

Sebagai usaha untuk mengurangkan risiko kematian disebabkan kanser serviks, kaum wanita di Malaysia kini boleh mendapatkan vaksin HPV Kuadrivalen.

Vaksin yang dihasilkan khusus untuk mencegah kanser serviks, prakanser faraj dan prakanser vulva yang disebabkan oleh HPV jenis 16 dan 18 itu semakin kerap diperkatakan.

Malah Kementerian Kesihatan juga mengambil langkah untuk memberi suntikan pelalian itu kepada 300,000 pelajar perempuan bagi mencegah penularan kanser serviks

“Suntikan HPV adalah cara paling baik untuk menentang penyakit ini,” kata Tan.

Vaksin ini telah diluluskan dan sudah lebih 30 juta wanita di seluruh dunia mengambilnya.

Ia berfungsi sebagai pencegah ketuat alat kelamin dan lesi (zona tisu rosak) serviks gred rendah yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16 dan 18.

“HPV jenis 16 dan 18 merupakan punca bagi hampir 70 peratus kes kanser serviks, kanser vulva dan kanser faraj serta punca bagi 50 peratus lesi.

“Sementara itu, HPV 6 dan 11 menyebabkan kira-kira 90 peratus ketuat alat kelamin. Empat jenis HPV ini menyebabkan kira-kira 35 hingga 50 peratus lesi gred rendah serviks, faraj dan vulva,” jelas Tan.

Bagaimanapun, pemvaksinan tidak akan melindungi pesakit daripada jenis HPV dan ia boleh menghalang virus daripada jenis HPV 16 dab 18 sahaja.

“Pemvaksinan bertujuan mengurangkan risiko daripada dijangkiti HPV 16 dan 18 yang menjadi punca kanser serviks. Ia tidak boleh menghalang sepenuhnya penerima suntikan pelali itu daripada mendapat kanser ini.

“Oleh itu, pemeriksaan rahim secara berkala amat digalakkan bagi mengelakkan pengesanan kanser pada peringkat akhir yang boleh mengancam nyawa,” kata Tan.

Sumber :  http://www.drazwan.blogspot.com/

Resipi Masakan Melayu Champa, Kemboja (2)

Salam ceria. Kali ni seperti yang dijanjikan saya nak berkongsi menu org Melayu Champa. Resipi ke-2 ni dipanggil gulai "Khor"- ayam/daging/tulang lembu/ikan patin.

Saya sendiri sudah 3x buat gulai Khor ni menggunakan daging lembu, ikan patin dan terbaru daging ayam. Cuma saya belum cuba lagi dengan tulang lembu. Lambat sangat nak empuk. Leceh betui..Hihii.

Kat bawah ni saya senaraikan bahan-bahan untuk resipi ni. Bahan-bahan ni untuk 6 ketul ayam (daripada ayam yang dipotong 12 bahagian) @ 2 ketul daging potongan saiz 5" x 2" @ 4 ketul ikan patin.


“KHOR AYAM @DAGING LEMBU @IKAN PATIN”

Bahan A:
2 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
3 biji bawang merah (yang saiz besar tu)
4 ulas bawang putih
2 ½ sudu besar serbuk lada hitam
¾  senduk kecil sos ikan (tambah bila perlu)


Bahan B:
6 ketul ayam (kalu guna daging lembu kena hiris nipis2 ye)
1 keping gula melaka 
1 ½ inci halia (dihiris nipis) 
Kicap pekat manis Cap Kipas Udang 
Garam secukup rasa 
Gula secukup rasa 
Air (10 cawan)

Cara-cara membuatnya:

Bahan A:-
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili kering yang telah direndam tadi hingga lumat.
- Masukkan sos ikan dan serbuk lada hitam bersama bahan2 yg ditumbuk td. Gaulkan dan ketepikan.

Bahan B:-
- Cairkan gula melaka dengan sedikit air
- Tambahkan 1 cawan air dan kemudian masukkan bahan tumbuk bersama gula Melaka yang dicairkan td. Kacau hingga mendidih.
- Tambahkan 5 cawan air. Biarkn mendidih.
- Bila mendidih masukkan ayam.
- Masukkan halia.
- Masukkan sedikit garam dan gula .Boleh tambah sedikit lg sos ikan tapi jgn terlalu banyak sbb sos ikan tu dah masin.
- Masak sampai ayam empuk dan “mesra” bersama bahan2 yg telah dimasak terlebih dahulu td.
- Tambahkan 4 cawan air lg. Biarkan mendidih kejap.
- Kemudian tambah garam dan gula secukup rasa sebagai “penyudah rasa”.


Nota:-
- Istilah “penyudah rasa” ni sy gunakan bagi 2x kerja penambahan garam dan gula dlm masakan.
- Menu ni juga sesuai utk  ibu-ibu dlm pantang yg telah sembuh jahitannya sbb di dalamnya ada dimasukkn halia dan bwg putih utk membantu mengeluarkan angin dlm badan.
- Gambar nnti sy "upload" lain kali ye..Lupa nk ambil gambar..hihii

Nak tahu? suami saya bagi saya 4 drp 5 bintang utk masakan ni..Okey la tu kan bg beginner sprt sy ni. Selamat mencuba!!!!





Aku , Suami , Anak-anak & Kerja Rumah

Ehh, apa pula cerita kali ni??? Hmmm..kisahnya begini..Takde la istimewa mana pun .Bukan menunjuk atau mengungkit ye..cuma sekadar utk berkongsi cerita..

15hb.11 ni, genap la setahun saya bergelumang dengan kerjaya baru sebagai "full-time housewife" selepas berenti keja sebagai seorg C&S Engineer kat salah sebuah consultant di KB..Hampir 3/4 hari saya adalah bersama anak-anak dan kerja rumah. Penat??memang memenatkan, lebih2 lagi saya kena melayan karenah anak-anak lelaki sy yg tak reti dok diam tu.. kena plak dengan si sulung yang semakin degil skrg nih..sungguh menduga kesabaran sy..lelah sy dibuatnya..Si adik pula asyik nak bertempel dgn saya 24jam..sampaikan masa buat kerja-kerja memasak dan mengemas rumah pun , adik dok bertenggek atas pinggang saya ni..Lenguh gak pinggang nih..berat tu ooiii...hihiiii..Si bulat Fukuchan (favourite cartoon Adik) saya tu bukan setakat tengok je saya buat keja tp tangannya pun dok sibuk mengacau saya buat kerja..ada2 aje brg2 yg nak disentuhnya..ada satu hari tu nyaris2 tangannya nk mencapai senduk yg sy tgh gunakn utk msk sayur air..Nasib baik sempat tepis tgn dia, kalau tk tentu dh tumpah air panas tu atas kami berdua.


Tapi kan dah memang tanggungjawab saya sebagai isteri dan ibu jadi kenala laksanakan. Maaf kata la ye, rasanya tugas sebagai suri rumah ni lebih memenatkan berbanding mereka2 yang bekerja kat pejabat tu..sebabnya saya pernah kerja jd saya blh la kata mcm tu..Kalau tak percaya anda boleh la bertanya kepada mana2 surirumah sepenuh masa yg lain. Rasa-rasanya mereka setuju dgn sy..

Tenaga , keringat dan minda serta kesabaran kena berjalan seiring. Kenapa saya kata camtu? Tenaga dan keringat kena gn utk lakukan kerja2 rumah dan melayan kerenah anak2. Rehat? jarang ada dlm kamus hidup surirumah yang punya anak2 kecil dan bergiat aktif dalam kerja2 menghuru-harakan brg-brg kat rumah..Kecuali bila diorg ni lena dlm kepenatan dan kekenyangan, boleh la rehat kejap tu..Nak tido??tak smptnya sbb byk lg keja2 terbengkalai kat dapur tu..Memasak, mengemas dan sebagainya lg..bila anak2 dah tido ini la masanya nk smbg buat kerja rumah tanpa diganggu. Tu pun kalau si adik tido lama. Kalau tak....baru je nk smbg keja dh kn STOP..Haiyoooo..Delay lagi..

Minda - kena la kreatif dan bijak membahagi masa utk suami, anak2 dan kerja rumah serta diri sendiri. Tp selalunya tak sempt pun nak manja-manjakan diri sendiri. Best2nya kalu dpt gi SPA ..hehheee..perasaan la plk..Sayangnya smpai skrg sy belum mampu lg menjadi pembahagi masa yg bijak ;-(...Why???Dlm keadaan ank2 kecil sy ni sedang membesar, behaviour diorg ni pn turut berubah..kata org ada musim2nya..every month si adik tentu ada perangai baru yg timbul..pening saya dibuatnya..si abg pula kata Mek dan Ma sudah capai takat umur kedegilan kanak2..Semua perubahan tu memerlukan perubahan dan kekreatifan utk menanganinya..

Kesabaran- penting untuk menghadapi kerenah anak2 terutama yg sulung tu..skrg ni makin degil dan tak mendengar kata..Banyak cakap pula tu..mcm murai..tak larat nk menjawab soalan2 darinya. Skrg ni plk dh pandai menjawab dan diajuknya ckp sy..ada masanya dtg gak geramnya..Tapi time dia berperangai baik, huhuuu...sejuk rasa hati..

Apapun segalanya bergantung pada cara masing2 utk menanganinya..Moralnya: Mendidik anak2 zaman skrg lebih sukar dan menduga akal serta kesabaran kita..Berbanding zaman dulu (zaman kita la tu) ibu bapa membesarkan ank2 dlm kepayahan dan kesempitan hidup dengan JAYAnya..Zaman skrg anak2 jgn dibuat seperti kita dulu..dibesarkan dlm keadaan yg cukup selesa, juga banyak medium2 hiburan yg mengkhayalkan skrg ni cukup membuatkan diorg ni berfikir lebih "advance" dari kita..Mana taknya, kita nk tgk rancangan "Indahnya Iman" di Astro Oasis disuruhnya kita tukar channel Astro Ria nak tengok "Akademi Fantasia 7"

Lagi satu, anak2 jgn dibuat lawan tp kawan..kalau tak kita ni boleh jd musuhnya dan kawan2nya sbgai "the closer person in their life"..Jadi kat mana kita di hati diorg??????

Sama-sama la kita fikirkannya ya...Coretan ni adalah dari pengalaman sy dan ahli keluarga terdekat saya..Untuk renungan DIRI SENDIRI dan juga ANDA jika sudi.


6 Pesanan khusus untuk wanita



1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidup kan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."


4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.


6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Sumber : http://idhamlim.blogspot.com/

Resipi Masakan Melayu Champa, Kemboja (1)

Ingin mencuba resipi daripada Kemboja? Saya ada beberapa resipi dari sana untuk dikongsi  bersama anda semua. Tapi bukan semuanya saya sempat belajar daripada mak mentua lagi. Yang ada dalam buku resipi saya dan yang pernah dicuba adalah dalam 8 ke 10 resipi.

Untuk resipi pertama ni, saya nak berkongsi resipi yg namanya "Tok Che-ghok". Lebih kurang mcm sup ayam gak la tp bahan-bahannya mmg jauh berbeza dgn resipi sup ayam kita.

Apapun anda semua cubala dulu ye. Harapnya dapat memberi kelainan dlm menu harian anda. Yang penting ianya tidak menggunakan minyak masak dan serbuk perasa.

Kat bawah ni saya senaraikan bahan-bahan untuk resipi ni. Bahan-bahan ni untuk 6 ketul ayam (daripada ayam yang dipotong 12 bahagian)

"Tok Che-ghok"

















Bahan-bahannya:
6 ketul ayam
3 ulas bawang putih (dimayang bulat)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 tangkai cili merah
3/4 senduk sos ikan (boleh ditambah atan dikurangkan bergantung pada rasa yg anda inginkan tp jgn masukkan terlalu byk sbb rasanya mmg dh masin):-)
1 batang carrot @ 2 biji  ubi kentang (carrot dipotong dlm 1 1/2 inci dan dibelah 4 bhgn)
Air (dlm 10 cawan)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
- Letakkan periuk berisi air di atas api yang sederhana. Biarkan mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan bawang putih dan bawang besar yg tlh dimayang. Kemudian masukkan ayam. Biarkan mendidih.
- Masukkan sos ikan , carrot dan cili merah.
- Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Jangan lupa rasa dulu ekk..(cukup rekadar ada rasa masin dan manis jer tau)
- Tutup api apabila carrot dah mula empuk. Selesai.

P/s: Untuk rasa yang lebih enak, perahkan asam limau dan taburkan daun sup apabila hendak dihidang. Jgn lupa cuba ye..

Pss: Kalau ada sebarang pertanyaan atau komen, sila-silakan la isi ruangan komen di bawah artikel ni ye. Saya amat mengalu-alukan komen drpd anda agar dpt saya memperbaiki mutu masakan ini utk diri saya dan dikongsi bersama anda.


Demam Lagi...

Semalam anak sulung saya, Hakimi demam. Alhamdulillah hari ni dia dah sihat. Hari ni adiknya, Amir Safwan pula yang demam. Puncanya, saya pun tak pasti. Tapi nampaknya ada 2 batang gigi barunya bakal tumbuh. Masa saya tulis pasal ni, adik sedang tidur. Kesian saya tengok. Sebabnya demam dia kali ni susah nak kebah. Ubat demam dah diberi, mandi pun sudah tp suhu badan masih tak turun-turun. 10 minit  lepas, saya dh letakkn tuala basah kat atas dahi. Ada sedikit perubahan.

Minta petua kawan, Kak Leq kat FB. Kebetulan dia tengah online. (Saya selalu "ON" chatroom kat FB sbb nak chat dengan suami selain rakan-rakan lama. Chatroom di FB sebagai salah satu medium utk kami berhubung kalau ada perkara-perkara penting.). Berbalik pada petua drp Kak Leq. Dia suruh saya praktikkan perkara-perkara berikut yang akan saya lakukan selepas adik bangun dr tidur nanti.

- jgn pakai bju tebal..pakai singlet je
- kerap lap badan anak dengan air paip especially kat bwh ketiak, leher dan kelengkang
(sebaiknya air suam sbb takut anak terkejut -seperti dicadangkan doktor2 perubatan)
- tampal KOOL FEVER..
- kekdg bg dia mkn aiskrim..tp yg jenis aiskrim yg dlm bekas tu (perasa vanilla) - juga selalu dicadangkan oleh doktor yg pernah merawat anak sulung saya.
- lagi bagus  kalau balut bdn anak ngan towel basah...cepat skit suhu badannya turun

Harap-harap petua ni menjadi dan anak saya lekas sembuh. Amin...OPPS..dah bangun pun anak saya..Minta undur diri..

Gigi Susu Adik Yang Pertama


22hb.Ogos.2009 - hari ni umat Islam di seluruh dunia mula menjalankan ibadat puasa. Pada hari yang sama juga 'Adik' genap 9 bulan dan gigi susu pertamanya mula tumbuh.Patut la adik nampak tak selesa sehari dua ni rupanya ada perubahan fizikal pada dirinya. Alhamdulillah, adik tidak meragam atau demam. Selera makannya pun tak berkurang. Semoga adik sentiasa sihat di bawah lindungan Allah hendaknya.

25hb.Ogos.2009 - sudah 4 hari umat Islam berpuasa. Semasa sahur pagi tadi, anakku Amir Safwan a.k.a Adik meragam tak nak minum susu. Biasanya, bila dah menyusu anak kecilku itu takkan berenti kecuali bila dah kenyang. Tapi pagi tadi dia asyik menangis tiap kali disuakan susu. Ya Allah, kenapa pula dengan anakku hari ni. Demam ke dia? Tapi bila kusentuh dahinya tak rasa panas pun. Kembung perut ke? Bila ku urut perutnya tak pula dia menangis. Cuma bila tiap kali aku berikan susu dia mula menangis. Aku dah buntu. Suami pun sama. Biasanya adik susah nak sakit atau meragam.

Sesungguhnya Allah sedang menguji kami dengan sedikit kesulitan. Memandangkan ini tahun pertama kami tinggal berasingan daripada keluarga, jadi kami tak tahu nak buat apa dalam situasi tersebut. Tengahari, ku terus telefon Mek (panggilan kebanyakkan org Kelate kpd ibunya) di kampung. Cuma dapat bercakap dengan adikku, Nida. Hanya dapat mengadu masalah sahaja. Lagipun dia belum ada pengalaman punya anak sebab belum berkahwin. Mek pula sedang tidur jadi aku tak mahu mengganggu. Lagipun mek bukannya sihat sangat.

Malamnya, suami menelefon ibunya. Sekadar memaklumkan tentang keadaan cucunya. Hari ni sepanjang hari Adik minum air kacang soya menggunakan gelas saja. Susu tepung direject terus. Siap ditepis botol susu ke tepi. Alhamdulillah, bila diberikan nestum dan bubur nasi adik tak menolak. Dalam kepala ni dok ingat adik dah tak nak menyusu badan lagi kot.

27hb.Ogos.2009 - Hari ni giliran kami sekeluarga berbuka puasa di kampungku pula memandangkan hari pertama berpuasa kami dah bersahur dan berbuka di rumah mentuaku.

Sampai je kat rumah, mek terus bertanyakan keadaan cucunya. Rupa-rupanya anakku gusinya sakit. Menurut mek, memang menjadi kebiasaan bagi anak-anak kecil yang baru nak tumbuh gigi meragam seperti adik. Kami suami isteri memang tak tahu tentang tu kerana anak yang sulung tidak punya masalah seperti adik.

Lega rasa hati ini. Akhirnya persoalan dah terjawab. Cuma sekarang ni kami perlu cari solutionnya. Akhirnya, adik diberi makan nestum, bubur nasi dan pisang rebus berselang hari. Susu badan terus direject hingga hampir seminggu kemudian, baru la adik mula menyusu balik.

Menitis air mata ni. Syukur Alhamdulillah. Mana taknya, apalah maknanya seorang ibu jika tak mampu menyusui anaknya sendiri sedang dia sepenuh masa berada di rumah dan tiada masalah yang menghalangnya menyusu anaknya sendiri? Dengan keadaan kesihatan di luar sana yang teruk dengan virus selesema babi, denggi, chikugunya dan tah apa-apa lagi, susu ibu dapat menjadi antibodi terbaik untuk bayi kecil kita.





Ribut Rabu, Jam 3.30 petang



Ya Allah, sesungguhnya saya tak pernah tengok ribut yang sebegitu hebat seperti yang berlaku pada 30hb.September lepas. Siapa sangka langit cerah hari tu tiba-tiba bertukar gelap dan berangin kencang. Suami yang berada kat pejabat tiba-tiba telefon bertanyakan khabar kami anak beranak kat rumah. Bayangkan angin ribut yang kuat dah mengopak bumbung rumah jiran depan rumah saya. Suami mana tak risau.

Anak-anak yang sebelum ni sedang tidur kat dalam bilik dan ruang tamu saya kumpulkan kat satu tempat. Kami semua dok kat ruang tamu. Sebenarnya saya tak tahu nak buat apa. Jadi dengan air sembahyang yang masih berbaki saya ambil Al-Quran dan baca. Tenang sikit rasa hati.

Saya tak pasti berapa lama kejadian ribut tu berlaku, mungkin 5 ke 10 minit gitu. Siapa la yang sempat mengira masa dalam keadaan macam tu kan. Dan siapa sangka, kejadian itu petanda yang Sumatera bakal mengalami gempa bumi yang kuat.

Saya dimaklumkan suami, ribut lebih kencang berlaku di kawasan berhampiran pantai. Manakala kawasan-kawasan lain cuma menerima tempiasnya sahaja. Bayangkan keadaan dan perasaan mereka yang tinggal berhampiran pantai berbanding mereka yang tinggal jauh daripada pantai. Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan mereka. Dengar-dengar cerita kediaman mereka rosak teruk dan ada seorang saudara kita yang pergi meninggalkan kita pada hari kejadian tu. Al-Fatihah.

Jika diperhatikan sekarang ni begitu banyak kejadian-kejadian alam yang buruk berlaku kini. Semuanya kerana kita, manusia-manusia yang makin lupa pada-Nya. Sama-samalah kita ingat-mengingati dan berpesan-pesan ke arah kebaikan. Semoga hati dan iman kita akan kembali pada-Nya.


Luahan hati hamba..

Hampir 3 minggu rasanya saya tak mengupdate blog saya ni.Tengok blog sendiri macam orang tiada perasaan.Bukannya takde cerita nak dicoretkan,tapi tak sempat.Baru aje saya nak tekan keyboard,anak-anak pula meragam.Sepanjang bulan puasa ni, hero-hero saya tu tak nak tidur siang hari la pulak.

Saya pula jenis orang yang tak pandai dalam bab karang-mengarang ni, memang segan nak mencoretkan sesuatu dalam blog ni.Tapi kini, saya dah faham.Ini blog peribadi saya.Tempat saya meluahkan perasaan, mencoretkan cerita dan berkongsi informasi dengan mereka yang sudi mengunjungi.Makanya, ayat-ayat yang digunakan tak perlu la skema sangat. Cukup-cukup la sesedap rasa dan selera diri sendiri,selagi tidak menguris hati para pengunjung dan pihak-pihak lain.

Namun begitu,awal-awal lagi saya tetap ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang coretan di blog ini yang tak sesuai dengan jiwa anda key.

Terima kasih atas kunjungan anda.


Kek Coklat Simple

Kek Coklat Simple












Saya tak sempat ambil gambar kek yang saya buat, jadi image ni saya pinjam dari blog 14sept. Lebih kurang gini la rupanya.Tapi rasanya mungkin sedikit berbeza sebab bahan-bahannya berbeza sedikit.

Bahan-bahan A:
1 cawan serbuk koko
3/4 @ 1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak

Bahan-bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh sodium bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(*3 bahan di atas diayak bersama)
3 biji telur
1 susu teh esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis (saya gunakan 1 cawan Marigold krimer penuh krim untuk kopi dan teh tarik)

Cara-cara membuatnya:
- Semua bahan-bahan A dimasak di atas api yang sederhana sehingga sebati, likat skit dan mendidih. Kemudian sejukkan
- Pukul telur sehingga kembang.
- Masukkan esen vanila dan susu cair. Pukul rata.
- Masukkan 2 sudu besar tepung gandum diselang-seli dengan 2 sudu besar coklat yang dimasak tadi (campuran bahan-bahan A) ke dalam mangkuk adunan dan dipukul sebati.
- Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang yang dah disapu mentega. Bakar pada suhu 150 degree selama 30 minit atau sehingga masak.Biar sejuk baru keluarkan dari acuan.

Untuk toppingnya, masakkan coklat masakan secara 'double boiling' + sedikit shortening untuk bagi dia kilat dan cair.Curah atas kek yang dah disejukkan tadi. Kalu nak cantik lagi tabur coklat rice atau rice yang kaler macam-macam tu, baru bertambah selera tu nak makan.Senangkan?Cuba la..

P/s :Bila dah masak, kalau ada yang kerak-kerak tu kasi potong la skit. Nanti baru la cantik ropanya.Ni pengalaman saya masa first time wat kek nih dengan oven yang baru di beli.Tapi bagi yang dah biasa buat kek mesti takde masalah punya. SELAMAT MENCUBA!!! 



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ILHAM JARUM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.